Monday, July 16, 2012

08/07/2012...Kek kahwin ke simpang renggam

Bertemakan biru lembut dengan deco yg ringkas..permintaan dari sahabat lama "HAFIZA" untuk meraikan majlis perkahwinan anak saudara belah suaminya di simpang renggam...bertuah pengantin dapat sponsor dari makciknya..tapi maaf sbb AGM tak dapat susunkan kek ni..jadi fiza kena susun sendiri sebab AGM pun ada majlis pada hari yang sama kat kg.. Inilah wajah sahabat lama AGM tu bersama anak tunggalnya...kalau nak tau fiza ialah adik kepada Artis Julie Dahlan tu...ada iras tak.. Terima kasih banyak2 fiza....

08/07/2012...Majlis Perkahwinan Zain & Leha..

Majlis sambut menantu di layang-layang bertemakan hijau dan pink...kek ni AGM tak buat pun AGM beli jer kat kedai sbb bussy...AGM cuma sempat buat kan cup cakes jer..tupun kompang dah berbunyi AGM kat dapur sorang2 tngh sapu icing kat cup cakes tu...huhuu..tak cukup kaki tangan... tingkat atas kek span vanila..tingkat bawah kek ice-cream.. Pasangan mempelai merasmikan kek... punyalah sedap kek tu sampai pengantin hisap "JEMPOL"...huhuhuu.... Inilah keluarga besar AGM bersama suami dan anak2 disamping mempelai....

11/06/2012..bahulu coklat..

Tempahan dari Mira SUC untuk makan2... TQ Mira..

24/06/12....Hantaran Pernikahan Layang-layang - Segamat..

Sebahagian dari hasil gubahan AGM bersama ipar duai..Bertemakan pink.. 15 dulang hantaran terdiri dari coklat,Sirih junjung, Handbag,Telekung, Sejadah,Set wangian,kasut,Agar2 kering, Tart coklat, Bahulu,Baju,Tudung..

24/06/2012...Hantaran Pernikahan Segamat - Layang-Layang...

Tarikh Pernikahan Abang AGM dengan tarikh yg unik kerana menggunakan gandaan angka 2..24/06/12...dan isterinya juga merupakan salah seorang dari kembar 2...juga merupakan anak ke-2 dari 3 beradik...selepas ini mungkinkah Agm juga akan bakal menerima anak buah kembar 2 juga hehehe.... Hantaran bertemakan hijau dengan gubahan ringkas dari AGM... 13 dulang Barang2 hantaran terdiri dari kasut, potpuri, buah, telur, Al-quran, tuala 3 serangkai ( tuala mndi, muka & tangan),sejadah ( berbentuk swissroll), kain sarung (berbentuk kemeja),gu;a2, T'shirt, set wangian & coklat...

ShoutMix chat widget