Sunday, June 29, 2014

Kuih Muih Untuk Majlis tahlil..

Tempahan kuih muih dari Zainab & Kak siti untuk majlis tahlil 40hari pemergian ibu mertua mereka sehari sebelum Ramadhan di Yong Peng....Semoga roh ibu mertua mereka ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..Amiiinnn..
 100pcs dangai / rangin
 100pcs popia sira sambal

Terima kasih buat kalian yang tak putus2 menyokong produk AGM...

Agar-agar...


 Sumbangan dari AGM sekeluarga sempena sambutan hari Ibu & bapa di sekolah Tabika perpaduan Tmn Sri Kluang 2...




Tiramissu...HEPY BIRTHDAY FIZA SUC..

Makan2 sebelum puasa sempena birthday staff SUC...


 Selamat Ulang Tahun Kelahiran Fiza...semoga Success..

Apam comel....

Tempahan dari Kak Milah Tmn Sri Kluang..
900 pcs apam comel tempahan sebelum ramadhan....Terimaa kasih ye kak..

Sunday, June 15, 2014

Apam comel untuk dilelong....

LELONG!!..LELONG!!..LELONG!!...Apam comel sapa mau beli!!!....ada 8 kotak....Huhuhu....AGM dah terbuat 8 kotak apam comel yg diorder oleh customer...tapi bila siap & hantar..tup..tup..customer kata dia nak bukan mnggu ni..tapi minggu depan...sadisnya...mana AGM nak lelong ni...kalau 8 bijik tu boleh jugak AGM telan..ni 800 bijik...Tapi kalau dah rezeki tak kemana...4 kotak dah pun selamat di lelong pada Kak Fida SUC untuk di bawa balik kg yang kebetulan juga ada majlis disana...lagi 4 kotak AGM angkut bawak balik kg...sampai kg..mak pulak promote kat orang kg...Selamat dah 3 kotak...lagi 1 kotak Kakak ipar balik dia pun ambik yg sekotak tu...selamat dah semuanya...Alhamdulillah...
Peringatan buat diri sendiri..lain kali bila ambik order jngn lupa ambik tarikh sekali.( termasuk hari..bulan & tahun).....walaupun katanya nak esok...

Kek Chocholate Moist...

2 biji kek 4 segi ole2 dari AGM untuk dibawa balik kampung ...yg sebijik bulat tu habuan anak2 AGM yang memang suka kek coklat moist ni...

Agar-agar di musim cuti sekolah....

Agar-agar untuk majlis pertunangan sempena cuti sekolah ....2 biji agar2 bentuk bulat order dari Pn Salmiah hospital Kluang untuk majlis pertunangan anaknya dan juga anak saudaranya...bertemakan colourfull..





Agar2 berbentuk Love @ Chinta @ Hati ni order dari Ayu Hospital Kluang bertemakan calourfull untuk majlis pertunangan Afiq & Anie di tangkak ....




Agar-bulat bertemakan warna merah untuk majlis pertunangan Afie & Eija di Muar...





Tahniah & selamat bertunang dari AGM...semoga ikatan pertunangan ini akan membawa kepada ikatan pernikahan pula...Terima kasih juga pada semua yang sudi membuat tempahan dari AGM...

Thursday, June 5, 2014

Agar-agar ...

Tempahan dari Pn. Sumathi Tmn. Delima untuk birthday (mungkin adik @ kakak) yang ke 46 tahun ..kalau tak silap AGM akan dibawa ke Melaka...

Agar2 bersaiz 12 x 12..dengan warna2 ceria...


TQ so much Sumathi  and hope you enjoy Eshwary...

Apam Polka dot ...

Terima kasih sekali lagi pada semua yang membuat tempahan....
Apam polka dot tempahan dari:-
300pcs Kak Fida Suc
200pcs Kak Nab Unit Pesakit Luar , Hospital Kluang.
400pcs Jiran Kak Ner ( maaf AGM tak tau siapa namanya) di Sri Lalang

Terima kasih semua atas sokongan yang berterusan...

Bahulu Pecah 8...

Tempahan bahulu pecah 8 sebanyak 1200pcs dari Pn. Yati dari Klang Selangor untuk majlis perkahwinan anak buahnya di Kg. Tengah Kluang....

Sebahagian dari bahulu pecah 8 yang dah ready untuk dihantar dahulu...


Sebahagian lagi masih menanti giliran untuk penghantaran...
Alhamdulillah siap juga tempahan walaupun penghantaran agak lewat dari tarikh yang dijanjikan...Terima Kasih Yati atas tempahan dan kepercayaan yang diberikan...maaf atas kelewatan penghantaran disebabkan dalam masa yang sama tiba2 sorang demi sorang anak AGM tidak sihat..proses pembuatan berjalan agak lambat dari yang dijadualkan..dan...sesungguhnya segala kelemahan datang dari AGM sendiri...

Dangai @ Rangin makan angin dari Kluang sampai kedah...

Alhamdulillah...tempahan dari teman2 sempena cuti sekolah sebagai ole2 ..
Terima kasih yang tak terhingga pada mereka yang sentiasa dan terus menyokong AGM...

50pcs Order dari Kak Fida SUC
100pcs Order dari Kak Ner Sri Lalang
Semuanya akan dibawa ke Kedah untuk majlis perkahwinan anak buah masing2...Terima Kasih Daun Keladi...

ShoutMix chat widget