Saturday, November 29, 2014

Selamat Pengantin Baru Miza & Mizi..Johor VS Sarawak..

22hb November 2014, Kek pengantin bertemakan bendera negeri atas permintaan pengantin...Pengantin perempuan yang berasal dari Johor manakala pengantin Lelaki pula berasal dari Sarawak..." Ikan di laut Asam Di Darat..Dalam belanga bertemu juga"...

Tingkat paling atas Kek span Vanila & Coklat
Tengah Kek span Vanilla
Tingkat Bawah Kek Span Coklat
Kesemuanya bersalut buttercream...

Terima kasih buat kedua mempelai dan AGM doakan semoga masjid yang dibina ini berkekalan hingga ke Jannah...Selamat Pengantin Baru sekali lagi dari AGM buat " Nadhiera Ammierza & Tarmizi "....Tahniah!..

Selamat Pengantin Baru buat Noratikah & Syeiril..

Lama terperap gambar kek ni tak upload kat blog...Majlis perkahwinan pada 13 september 2014..
 Apapun Tahniah & selamat pengantin baru buat keduanya semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke Syurga....


Kek Sarang Lebah @ Sarang Semut @ Gula Hangus...

Lama dah sebenarnya tak buat kek ni..tapi bila dapat order Alhamdulillah menjadi juga...



Kek dah siap potong2 atas permintaan cikgu Yus sebab senang nak makan dalam kereta katanya...
Terima Kasih Cikgu Yus dari Renggam atas tempahan dan sanggup datang keteratak AGM hujan2 untuk ambik tempahan ni...harap Cikgu Yus suka ..andai ada kekurangan mohon dihalalkan...

Apam Polkadot Pink Hijau...

Apam polkadot order dari Kak Fida SUC....

Peminat warna hijau dan pink...TQ Kak Fida...

Kuih Muih di musim cuti sekolah...

Kuih Cara Manis

 Kuih Cara Berlauk

 Dangai Comel

Tq Wana sebab selalu support kakak mu ini....
Cara manis & cara berlauk untuk jamuan makan sempena pertukaran staff di Hospital Kluang..Dangai pula untuk Pengurus Project Suc sempena majlis kenduri Berkhatan anaknya....

Sunday, November 23, 2014

Selamat Hari jadi Tabika Perpaduan Taman Sri Kluang 2...

++Allah selamatkan kami!! Allah Selamatkan kami!!..Allah selamatkan pelajar Tabika perpaduan TSK 2..Allah selamatkan kami.!!!!....Seramai 23 orang pelajar dengan dengan dipimpin oleh seorang tenaga pengajar iaitu cikgu Norliza Bt. Leman dan dibantu oleh guru pembantu Cikgu Wati...

Inilah barisan pelajar2 lelaki...

 Bye!!!  tahun depan kami dah pindah sekolah...


Sayalah Mohd Haziq Haikal B Mohd Norhairi berumur 6 tahun...

Barisan pelajar perempuan..

Hujung berbaju pink putih bertudung coklat sebelah cikgu liza..itulah saya..Nur Irdina Batrisyia Binti Mohd Norhairi 5 tahun...

Cikgu kami best!!!!

Mohd Haziq Haikal menerima sijil dan hadiah yang disampaikan oleh pengerusi JPTP Tsk 2 En. Mex...

Giliran Nur Irdina Batrisyia menerima sijil dan hadiah pula..

Ni Giliran Ayah pula dapat sijil n cenderahati selaku AJK JPTP TSK 2...tapi AGM punya gambar tak de le pulak...jangan tak caya AGM naib setiausaha JPTP TSK 2 tau...

Goodie bag dari kami...

Ikhlas dari kami...
Sekian!!!!...semoga bertemu lagi di lain masa...buat Cikgu  Liza N Cikgu Wati..terima kasih atas bimbingan dan didikan yang telah kalian berikan kepada anak2 AGM...jasamu kan kukenang sepanjang hayat...

Aneka Kek untuk Majlis penyampaian Hadiah n Sambutan hari Lahir Tabika Perpaduan Tmn Sri Kluang 2..

Kek ulang tahun kelahiran 2014 untuk kanak-kanak Tabika Pepaduan Taman Sri Kluang 2 pada 
hari Jumaat, 21-11-2014 jam 8 malam..


Kek span coklat dengan di saluti buttercream perisa coklat...

Dihiasi taburan coklat rice n juga bebola coklat...

Kek span berperisa strawberry dengan krim buttercream bertemakan pelangi....



bahagian atas ditaburi gula2 berwarna warni..

Kek Span Vanilla di layer dengan fresh cream n blueberry  pilling..


 Disaluti Fresh cream dan dihiasi dengan buah Strawberry n peach serta di lorek dengan blueberry..



Cup cake untuk Wedding Miza N Mizi....

Cupcake perisa vanilla, pandan N strawberry untuk majlis kahwin staff SUC Miza dan pasangannya Mizi...


Tahniah! Selamat pengantin baru.....

Donut Coklat...



30Pack donat coklat untuk kanak2 Tabika Perpaduan Taman Sri Kluang 2

Dangai @ rangin...

Untuk majlis kenduri kawin n jamuan...



Lupa AGM nak bertanyakan nama akk katering ni...apapun terima kasih ye kak..

350pcs - untuk majlis kenduri kahwin di Bandar Tenggara
50pcs - untuk jamuan Kastam

Apam Polkadot Blueberry...

Terima kasih pada yang menempah.....
Cikgu Annie Skarry - 10 box
Nisa Sri Lalang        - 1 box

Happy 1st birthday Anaqi Firash...

Selamat hari ulang tahun buat adik Anaqi Firash yang ke setahun...

 Buttercream dengan corak rainbow...

didalam kek span vanilla...

Semoga adik Anaqi jadi anak yang Soleh..terima kasih Anis Farzana....

Agar-agar kaca untuk CC (chief clark) Suparti yg akan bersara..di Hospital Kluang..

Gambar lama yg belum post lagi kat blog ni...



Terima kasih pada wana yg order agar2 ni..

ShoutMix chat widget