Sunday, February 23, 2014

Tiramisu....

 Lama dah teringin buat tiramisu ni...akhirnya terlaksana jugak..

biskut tiramisu ni pun dah stndby beli dari awal tahun lagi baru kali ni dapat buat..

AGM sendiri pun sebenarnya belum pernah rasa tiramisu ni...kalau orang lain mungkin dah berkali2 makan kan...

takut pulak kalau terlebih serbuk koko kat atas tu jadi pahit pulak rasanya..jadi 1st trial ni tabur sikit jer dulu...

Tiramisu ni buat pun sempena besday suami AGM pada16 feb. haritu..bertambah lagi usia suamiku..semoga dengan pertambahan usia ni akan bertambahlah rezekinya & bertambahlah ketakwaannya..semoga En. Mohd Norhairi dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yg baik, menjadi suami dan bapa yg bertanggungjawab pada keluarga , dijauhkan dari segala perkara2 yg tidak elok dan semoga sentiasa dalam lindungan yang Esa...Aaamiiinnnn....

 Selepas di potong...

yang ni potong asal boleh jer...tulah isi dalam tiramisu...

Sedap rupanya tiramisu ni...tak terasa pahit pun serbuk koko yang di tabur diatasnya..rasa cheese n creamnya yg membuatkan rasa serbuk koko tenggelam  pahitnya....sedap dimakan sejuk2...
Terlaksana sudah hajat yang satu ni...Alhamdulillah...ada sesiapa yg teringin boleh contact AGM...

Keju leleh...

Melty Blueberry cheese ....

Melty Chocholate Cheese...

8 box melty cheese ni khas untuk suami & anak2...

Nyaman dimakan kala sejuk.....lebih2 lagi dalam cuaca yg panas sekarang ni makan yg sejuk2 sedap je...ada yg berminat boleh pakat ramai2 kumpul order n contact AGM untuk booking ye....

Apam Polka Dot masuk ICU...

Apam polkadot order dari Annur ICU hospital Kluang.....

TQ Annur...

Monday, February 17, 2014

Cara Berlauk...

60pcs cara berlauk order dari Suhaila Hospital Kluang...
TQ Su.....

Minggu PAVLOVA....

Minggu ni nampaknya minggu PAVLOVA buat AGM...

yang 2 biji tu order dari teman sepejabat K. Fida dan S. Tika..
yang sebiji lagi tu nak deliver ke Layang-layang..

 2 biji lagi ni order dari tauke Suria Cookies untuk anaknya yang belajar di  Sekolah Menengah Sains Seremban..

ada X-tra sebiji lagi tu dah pun di booking oleh suami & anak2 AGM...

yang sebiji ni untuk ipar AGM yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 12 February.....

Terima kasih semua yang sudi ber PAVLOVA dengan AGM...sokongan yang berpanjangan dan berterusan ini amatlah AGM hargai...semoga kalian semua terus2an dilimpahi rezeki dari yg Maha pencipta...

Apam polka dot & Apam Dwi Warna...

400pcs/4 box apam polka dot blueberry order dari orang layang2...
300pcs/3box apam polka dot kosong dari Suhaila Hospital Kluang..

100pcs/1box apam dwiwarna blueberry order dari ayu KL untuk bapa mertuanya En.Mazli di Kg. Sri Lambak.
 Terima Kasih pada semua yang membuat tempahan...terima kasih atas sokongan yang berterusan dari semua..











Saturday, February 8, 2014

Dangai lagi...

Dangai atau Rangin order dari Suhaila Hospital Kluang....

Terima kasih Su  atas tempahan....

ShoutMix chat widget